Sunday 1 April 2012

CARA JANGKITAN HIV & AIDS

HIV/AIDS Hanya Berjangkit Melalui Cari Berikut

 Melalui Hubungan Seksual
Homoseksual (Hubungan Seksual Sejenis)
Bisexual.
Hetrosexual
Berkongsi jarum suntikan yang dicemari oleh virus HIV
Penagih Dadah berisiko tinggi untuk dijangkiti kerana sering berkongsi jarum suntikan
Melalui ibu kepada bayi yang dikandung & dilahirkan
Ibu yang mengandung dan dijangkiti Virus HIV akan menjangkitkan Virus tersebut kepada Anak dalam kandungan

Maklumat untuk remaja yang ingin hidup sihat dan bahagia.
Sebagaimana yang anda mungkin telah ketahui AIDS berpunca dari serangan virus yang dipanggil HIV atau Human Immunodeficiency Virus. HIV menyerang sistem daya tahan badan seseorang sehingga ia menjadi lemah dan punah lantas ia tidak berupaya melawan serangan penyakit, sekalipun penyakit-penyakit yang biasanya ringan dan boleh disembuhkan. Seseorang yang telah disahkan dijangkiti HIV dipanggil sebagai positif-HIV. Ini tidak semestinya bermakna orang itu menghidap AIDS.

AIDS pula adalah nama yang diberi kepada kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif-HIV, akibat sistem daya tahan yang telah lemah. Penyakit-penyakit yang paling biasa adalah radang paru-paru, batuk kering, beberapa jenis barah, jangkitan kulat dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap. Jangkitan-jangkitan oportunistik ini (yang mengambil kesempatan tehadap sistem daya tahan badan yang telah lemah) mungkin menyerang beberapa tahun selepas seseorang itu dijangkiti HIV.

Aids / HIV merebak melalui cara-cara berikut:
Melalui perhubungan seks tanpa kondom dengan orang yang telah dijangkiti HIV, di mana berlaku pemindahan cecair badab seperti air mani, air mazi, bendalir faraj atau darah (termasuk darah haid) dari tubuh orang yang telah dijangkiti HIV itu ke tubuh orang yang lain.
Melalui darah yang telah dicemari dengan HIV, umpamanya melalui jarum suntikan yang tidak disteril, pemindahan darah dan organ-organ badan.
Melalui ibu yang telah dijangkiti HIV kepada anaknya semasa kehamilan, kelahiran atau memberi susu badan.

Pada keseluruhannya, kira-kira 30% daripada bayi-bayi yang dilahirkan oleh wanita-wanita positif-HIV dilaporkan dijangkiti HIV melalui ibu mereka. Risiko ini boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat anti-HIV seperti AZT.
Gadis remaja amat terdedah kepada jangkitan HIV. Status sosial yang rendah menyebabkan mereka mudah tewas kepada punca jangkitan.

No comments:

Post a Comment