Sunday 1 April 2012

CARA-CARA MENCEGAH HIV/AIDS

Langkah-langkah Pencegahan

.
Jangan lakukan hubungan dengan mereka yg. tidak dikenali
Jangan lakukan hubungan jenis dengan berbilang pasangan.
Anda boleh gunakan kondom.
Sampaikan maklumat kepada pasangan anda.

Ketahuilah status kesihatan anda sendiri di samping mengetahui kegiatan seksual pasangan anda.
Buatlah keputusan yang bijak dalam memilih pasangan untuk berkahwin kelak.
Pastikan jawapan kepada soalan-soalan ini:
.
Adakah dia bebas dari jangkitan HIV dan penyakit kelamin?
Adakah dia seorang yang setia, atau adakah dia mempunyai pasangan lain?
Adakah dia seorang pengguna dadah atau bekas pengguna dadah?
Apakah latar belakang aktiviti seksualnya sebelum ini?
.
Dalam pada itu jangan lupa tanyakan juga pada diri anda sendiri :

Adakah anda bebas dari jangkitan HIV, hepatitis atau penyakit-penyakit merbahaya yang lain?
Adakah anda yakin status kesihatan anda?
Adakah anda seorang penguna dadah atau bekas pengguna dadah?
Mungkinkah anda perlu menjalani sebarang ujian darah?

TANDA-TANDA HIV & AIDS




Tanda-Tanda Penyakit HIV/ AIDS



Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.

Hilang berat badan mendadak (lebih 10 %)
.
Cirit birit atau demam berpanjangan (lebih 1 bulan)
.
Jangkitan Pneumocytis carinii peumonia ( PCP )
.
Jangkitan Cytomegalovirus (pneumonia, brain, retinitis)
.
Tibi ( paru-paru/extra pulmonari)
.
Jangkitan fungus seperti candidiasis (dalam mulut), cryptococcus, (pneumonia & meningitis)
.
Toxoplasmosis ( brain )
.
Jangkitan Herpes simplex ( GIT ), Herpes Zoster ( Kayap )
.
Jangkitan protozoa seperti Crytococosis, microsporidium & isospora (cirit-birit)
.
Barah kulit atau mulut seperti Kaposi’s Sarcoma.

CARA JANGKITAN HIV & AIDS

HIV/AIDS Hanya Berjangkit Melalui Cari Berikut

 Melalui Hubungan Seksual
Homoseksual (Hubungan Seksual Sejenis)
Bisexual.
Hetrosexual
Berkongsi jarum suntikan yang dicemari oleh virus HIV
Penagih Dadah berisiko tinggi untuk dijangkiti kerana sering berkongsi jarum suntikan
Melalui ibu kepada bayi yang dikandung & dilahirkan
Ibu yang mengandung dan dijangkiti Virus HIV akan menjangkitkan Virus tersebut kepada Anak dalam kandungan

Maklumat untuk remaja yang ingin hidup sihat dan bahagia.
Sebagaimana yang anda mungkin telah ketahui AIDS berpunca dari serangan virus yang dipanggil HIV atau Human Immunodeficiency Virus. HIV menyerang sistem daya tahan badan seseorang sehingga ia menjadi lemah dan punah lantas ia tidak berupaya melawan serangan penyakit, sekalipun penyakit-penyakit yang biasanya ringan dan boleh disembuhkan. Seseorang yang telah disahkan dijangkiti HIV dipanggil sebagai positif-HIV. Ini tidak semestinya bermakna orang itu menghidap AIDS.

AIDS pula adalah nama yang diberi kepada kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif-HIV, akibat sistem daya tahan yang telah lemah. Penyakit-penyakit yang paling biasa adalah radang paru-paru, batuk kering, beberapa jenis barah, jangkitan kulat dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap. Jangkitan-jangkitan oportunistik ini (yang mengambil kesempatan tehadap sistem daya tahan badan yang telah lemah) mungkin menyerang beberapa tahun selepas seseorang itu dijangkiti HIV.

Aids / HIV merebak melalui cara-cara berikut:
Melalui perhubungan seks tanpa kondom dengan orang yang telah dijangkiti HIV, di mana berlaku pemindahan cecair badab seperti air mani, air mazi, bendalir faraj atau darah (termasuk darah haid) dari tubuh orang yang telah dijangkiti HIV itu ke tubuh orang yang lain.
Melalui darah yang telah dicemari dengan HIV, umpamanya melalui jarum suntikan yang tidak disteril, pemindahan darah dan organ-organ badan.
Melalui ibu yang telah dijangkiti HIV kepada anaknya semasa kehamilan, kelahiran atau memberi susu badan.

Pada keseluruhannya, kira-kira 30% daripada bayi-bayi yang dilahirkan oleh wanita-wanita positif-HIV dilaporkan dijangkiti HIV melalui ibu mereka. Risiko ini boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat anti-HIV seperti AZT.
Gadis remaja amat terdedah kepada jangkitan HIV. Status sosial yang rendah menyebabkan mereka mudah tewas kepada punca jangkitan.

TAYANGAN VIDEO AIDS & HIV

APAKAH AIDS & HIV

Apa itu Penyakit AIDS ?
  AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Aquired Immuno Deficiency Syndrome
.
Apa itu HIV ?
HIV ialah singkatan perkataan Human Immunodeficiency Virus

Virus HIV berkembang biak dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi melawan serangan penyakit. Ianya menyebabkan kemusnahan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit. HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.

* Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)
AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.
.
Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?
 HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:
-Melalui perhubungan seks tidak selamat
(seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
-melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
-melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
-HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.
.
Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?
HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.
HIV tidak boleh dijangkiti melalui :

-Pendermaan darah
-Berjabat tangan dan berpelukan
-Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
-Berkongsi makanan dan perkakas dapur
-Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
-Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
-Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
-Menjaga seseorang yang positif-HIV
.
Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?
Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV
.
Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.
.
Apakah seks selamat?
Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah tidak masuk ke dalam badan orang lain.
Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks dan pelincir berasaskan air seperti gel K-Y.
Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak tidak mempunyai luka atau ruam pada tangan mereka.
Cara-cara ini dipanggil "seks selamat" kerana ianya meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positif-HIV. Seks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan.

KONSEP PROSTAR

PROSTAR berkonsepkan “Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.
.



( Nak baca - sila double klik pada rajah )

Aktiviti-aktiviti
 
Ahli-ahli Prostar sememangnya mampu untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Dari mengendalikan Latihan PRS hingga ke kursus rekreasi. Dari aktiviti ekonomi hingga ke aktiviti keagamaan. Dari aktiviti promosi hinggalah ke aktiviti kebudayaan. Sebut sahaja aktiviti yang berfaedah, pasti PROSTARIAN mampu untuk melakukannya.

Untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti pencegahan AIDS oleh PRS PROSTAR, sebuah organisasi bukan kerajaan yang dinamakan Kelab PROSTAR telah ditubuh dan didaftarkan pada 30 Jun 1997. Kelab PROSTAR mempunyai rangkaian cawangan di setiap negeri dan daerah. Ia dikendalikan oleh ahli kelab yang kebanyakkannya adalah remaja yang telah dilatih sebagai PRS PROSTAR.

Diantara aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli Kelab PROSTAR termasuklah;
Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang.
Sesi kaunseling remaja.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Berdasarkan kepada situasi di mana jumlah kes HIV/AIDS yang sedang melanda negara majoritinya melibatkan kaum remaja maka Prostar ditubuhkan. AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986. Sejak itu jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun. Sehingga Disember 2002 sebanyak 51,256 kes HIV dilaporkan di Malaysia. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu. Dua cara jangkitan utama yang dikenalpasti adalah melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah.

Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang boleh menjurus kepada perebakan HIV semakin ketara dan membimbangkan. Kajian tingkahlaku lepak di kalangan remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati 18% daripada 6,110 responden remaja mempunyai pengalaman melakukan seks bebas, 14% menyalahgunakan dadah.

Kajian Remaja dan AIDS yang dijalankan pada tahun 1996 ke atas 4,347 orang remaja awam yang berumur 13-25 tahun pula mendapati 6% pernah melakukan seks bebas, 5% pernah terlibat dengan penagihan dadah dan 31% pula merokok. Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadi lebih buruk dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan.

.
PROSTAR adalah singkatan kepada Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja”.

Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja. Ide penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.
.

PENERANGAN MENGENAI PROSTAR